Rabu, 13 Oktober 2010

siti nurhaliza

Biografi

[sunting] Kehidupan awal

Siti lahir pada 11 Januari 1979 di Berek Polis Kg. Awah, Temerloh, sebagai anak keempat dalam lapan adik-beradik kelahiran Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik.[4] Beliau berasal daripada keluarga penggemar muzik, yang mana adik-beradiknya, Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Saerah juga bekerja sebagai penyanyi.[9] Datuknya ialah seorang pemain biola yang terkenal, manakala ibunya seorang penyanyi irama etnik yang terkenal juga. Siti Nurhaliza merupakan penyanyi utama kumpulan 'Family Group',[4] yang diasaskan oleh bapa saudaranya, Abdul Rahim Bachik.
Sewaktu kanak-kanak, beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah, termasuk sukan dan pidato. Siti Nurhaliza menerima pendidikan terawalnya di Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Di sinilah beliau mula menyerlahkan bakat nyanyian pada usia enam tahun ketika mempersembahkan lagu tradisional "Sirih Pinang" di acara akhir tahun persekolahan.[4] Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, kemudian di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.
Seusia 13 tahun, Siti mengikut bapa saudaranya ke persembahan jemputan seperti majlis pernikahan dan jamuan kenduri untuk untuk mendedahkan diri sebagai penyanyi live[10], sehingga meraih sambutan baik daripada masyarakat setempat. Siti juga pernah memenangi pertandingan nyanyian pertamanya pada usia 12 tahun, apabila menyanyi lagu patriotik "Bahtera Merdeka" di sebuah Karnival Kuala Lipis Carnival sempena "Nyanyian Bulan Kemerdekaan".
Siti seorang yang aktif dalam sukan ketika di bangku sekolah; ini terbukti di Fiesta Media Idola 2006 di Kuantan apabila beliau menjadi pembawa obor bersama Fasha Sandha.

[sunting] 1995–1996: Kejayaan awal

Setelah menyertai pertandingan demi pertandingan, pada usia 16 tahun, Siti berentap dalam Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995.[4] Sewaktu bertanding, beliau bertemu dengan Adnan Abu Hassan, seorang penggubah lagu terkenal di Malaysia. Adnan membimbing dan membantunya memperhalusi prestasi vokal, sehingga akhirnya Siti menjuarai pertandingan tersebut. Setelah diberi pilihan dari empat syarikat rakaman antarabangsa, beliau menerima kontrak Suria Records, sekaligus mengetepikan tawaran Sony Music, BMG Music dan Warner Music.[5] In 1996, Suria Records released her first self-titled album, Siti Nurhaliza.[11] Usaha rakaman album pertama mencabar sekali kerana beliau perlu mengimbangi kerja album itu dengan persediaan menghadapi SPM. Namun demikian, album sulungnya itu cemerlang sekali, lalu membuka laluan untuk album demi album yang berjaya di pasaran.

[sunting] 1996–2006: Mekarnya sebutir bintang

Setelah keluarnya album pertama, Siti menjadi tokoh terkenal dalam budaya pop Melayu. Beliau terus menjayakan lagu hit demi album hit, lagu-lagunya yang pelbagai genre termasuk pop, R&B, dan tradisional. Suara dan senikatanya nyata disambut hangat oleh masyarakat di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pada 12 Januari 1998, Siti membuka Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. sebagai agen rasmi yang akan menguruskan segala aktiviti seni beliau dengan lebih tersusun.[12] Pada tahun yang sama, Siti buat pertama kalinya muncul di pentas antarabangsa di upacara penutupan Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada 21 September, di mana beliau berkongsi pentas dengan Céline Dion dan Rod Stewart untuk menghiburkan para hadirin.[13] Upacara ini disiarkan di 70 buah negara, maka inilah kali pertama Siti Nurhaliza disaksikan oleh mata dunia.
Siti menerima anugerah luar negara pertamanya ketika bertanding di Shanghai Music Festival 1999 di China, di mana beliau menggondol anugerah tertinggi iaitu Anugerah Emas. Pada tahun yang sama, beliau menyertai South Pacific International Song and Singing Competition 1999 di Gold Coast, Queensland, Australia hingga merangkul gelaran 'Pop Winner' dengan mengetepikan ramai pesaing dari Pasifik Selatan, dan juga mengungguli kategori 'Top 40 for International Song' dengan single "We'll Be As One".[2] Siti turut menarik perhatian juri dengan kehebatan vokalnya sehingga dikurniakan hadiah 'Best Female Vocal Performance' dengan lagu itu juga. Pada tahun 2002, Siti menyertai pertandingan Voice of Asia di Kazakhstan, di mana beliau merangkul gelaran tertinggi 'Grand Prix Champion'.[2]
Setelah banyak meraih anugerah, nama Siti semakin berkembang di benua Asia. Pada tahun 2003, Siti ke Jepun untuk mengadakan konsert di Yokohama setelah mengetahui singlenya, "Percayalah" dan lagu-lagu lainnya disambut baik di situ.[4]
Siti ialah artis bukan Cina pertama yang dijemput untuk membuat persembahan di majlis Golden Melody Awards ke-15, Taiwan pada tahun 2004.[14] Selain bernyanyi solo, beliau juga berduet dengan Leehom Wang dengan lagu klasik "Yue liang dai biao wo de xin" ("Bulan lambang hatiku", nyanyian asal Teresa Teng).
Siti turut menjayakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada bulan April 2005, sungguhpun kebanyakan hadirinnya merupakan warga Malaysia yang tinggal di United Kingdom atau datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan konsertnya. Akhbar British menggelarnya "Asia's Celine Dion" kerana kekuatan vokal dan persembahan yang cemerlang[15], apatah lagi paling banyak single nombor satu di Malaysia ketika ini.
Setakat ini, Siti Nurhaliza tidak terlepas membuat persembahan di MTV Asia Awards semenjak pengnanugerahan tersebut diperkenalkan pada tahun 2002. Pada edisi 2005 di Bangkok, Siti dikejutkan oleh gelaran "The Voice of Asia" yang diberikan oleh Alicia Keys sebagai pengiktirafan kepada kekuatan vokalnya serta pencapaiannya di peringkat tempatan dan antarabangsa.[2]Seorang vokal instruktor dari Indonesia juga menyatakan Siti Nurhaliza mempunyai 4 oktaf vokal range

[sunting] 2006–kini: Perkahwinan dan kesinambungan kegemilangan

Album studio ke-11 Siti, Transkripsi, merupakan album pertama terbitan SNP yang diterbitkan pada tahun 2006. Album Transkripsi cemerlang dengan dikurniakan sijil 3 kali platinum kerana jualan melebihi 80,000 unit, menggondol anugerah Album Terbaik dan Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14, di samping juga membantu Siti merangkul tiga anugerah (Lagu Terbaik untuk "Biarlah Rahsia", Artis Wanita Terbaik, Artis Wanita Popular) Anugerah Planet Muzik pada tahun yang sama.[16]
Setelah sekian lama dikhabaranginkan, pada 17 Julai 2006, Siti membuat pengumuman di sidang akhbar bahawa beliau menerima lamaran perkahwinan Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang sebelum ini hanya dikenali sebagai "Datuk K". Majlis pertunangan dan akad nikah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Putrajaya, pada 21 Ogos 2006, di hadapan kira-kira 2.86 juta penonton TV menerusi siaran langsung.[17] Jamuan perkahwinan pertama yang gilang-gemilang dengan kehadiran kerabat diraja, artis dan saudara-mara diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2006, dan disaksikan oleh 6.307 juta penonton di seluruh negara, walaupun terpaksa berkongsi masa dengan temubual Santai bersama Mawi dan Ina di RTM1.[18] Majlis bersanding diadakan pada 3 September 2006, di Kuala Lipis, Pahang. Perkahwinan Siti dan Datuk Khalid ini tersenarai di tangga ke-16 dalam senarai 20 Perkahwinan Terunggul seluruh dunia pada tahun 2006 (berdasarkan carian pengguna) dalam blog Yahoo! Buzz.[19]
Pada 24 Oktober 2006, dua bulan selepas bergelar Datin hasil perkahwinannya, Siti dikurniakan pangkat 'Darjah Indera Mahkota Pahang' oleh Sultan Haji Ahmad Shah dari Pahang yang membawa gelaran Dato' di hadapan nama penerimanya.[3]
Siti Nurhaliza juga telah memeriahkan acara permaidani merah di Anugerah Grammy yang bertempat di Staples Center, Los Angeles pada 11 Februari 2007. Pembabitan Siti Nurhaliza ini menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama yang diberi penghormatan berjalan di atas permaidani merah di Majlis Grammy yang berprestij.
Selain itu, Siti Nurhaliza juga telah memeriahkan industri televisyen apabila menerbitkan siri tv realiti yang berjudul Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene. Program ini adalah cetusan idea daripada Siti Nurhaliza sendiri, dan dengan kerjasama Pantene. Program ini mendapat sambutan hangat sehinggakan program yang sama diwujudkan di negara Indonesia. Siti juga telah turun padang apabila turut sama menjayakan lima episod di Indonesia.
Tahun 2007 menyaksikan pembabitan Siti dengan konsert besar apabila beliau mengadakan konsert khas bagi mengenang Lagenda Negara, Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma. Konsert ini diberi nama 'Istana Cinta : Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma'. Konsert ini berlangsung selama 2 hari berturut-turut di Istana Budaya. Ramai kenalan artis dan tokoh negara yang hadir, termasuk Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya. Konsert ini disiarkan di RTM 1 dua hari sebelum ulangtahun kematian Arwah P.Ramlee. Usaha beliau yang murni ini akan terus diabadikan apabila Siti Nurhaliza Production bersetuju untuk menerbitkan DVD/VCD khas untuk konsert tersebut.

Di samping itu, Siti juga telah mula memberanikan diri dalam bidang lakonan apabila terlibat dalam pementasan teater yang bertajuk P.Ramlee The Musical, dengan memegang watak Azizah yang dipuja P.Ramlee ketika itu membuatkan penonton terpukau dengan aura dan bakatnya yang masih terngiang-ngiang di ingatan penonton yang hadir pada malam itu, walaupun tidak dapat memberi komitmen pada musim kedua. Siti juga banyak menolak tawaran berlakon disebabkan komited beliau dalam bidang nyanyian sehingga banyak penerbit filem sehingga sekarang masih lagi menunggu lampu hijau daripada beliau. Tidak berakhir disitu sahaja, Siti juga telah bersetuju untuk meminjam suaranya untuk filem animasi terbaru daripada pengarah tersohor negara iaitu Mamat Khalid. Filem yang bertajuk Kelip-Kelip ini membuatkan peminat filem negara begitu teruja untuk menyaksikan bagaimana filem animasi ini terhasil menggunakan suara emas penyanyi nombor 1 negara, Siti Nurhaliza. Filem ini juga difahamkan akan ditayang di beberapa negara Asia seperti India, Singapura dan Brunei.
Pada masa yang sama, Siti juga telah menolak tawaran daripada KRU Studios untuk filem fantasi muzikal mereka yang bertajuk Magica. Ini kerana, diatas kesibukan dalam pembikinan album terbaru beliau yang dilancarkan pada akhir Disember 2008 yang bertajuk Lentera Timur ataupun Cahaya dari Timur. Album tersebut juga mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dalam laman web rasmi beliau kerana telah lama Siti tidak menghasilkan album berkonsepkan Tradisional. Tetapi untuk kali ini beliau menggabungkan dengan konsep kontemporari. Untuk mengikut trend dan citarasa pendengar khususnya. Berbalik pada reaksi peminat tadi, ratanya memberi komen yang cukup positif, sehingga berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Ada beberapa peminat yang sanggup membeli lebih daripada sebuah album kerana begitu teruja dengan kelahiran albumnya itu. Siti juga telah mensasarkan album tersebut agar terjual lebih daripada 100,000 ribu unit, dalam keadaan industri seni sekarang yang ibarat seperti "hidup segan mati tak mahu" dek kerana kecanggihan dunia digital yang cukup senang untuk dimuat turun menerusi laman web/Blog yang tidak bertanggungjawab.
Ayah kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Allahyarham Tarudin Ismail, 67 meninggal dunia 15 februari 2009 kira-kira pukul 11.50 pagi. Allahyarham Taruddin meninggal dunia akibat serangan jantung.

[sunting] Siti Sebagai Ikon Semasa

Dato' Siti Nurhaliza bersama Raja Azura dan peminat setianya, aktress Revalina S Temat.
Sepanjang perjalanan karier beliau, Siti Nurhaliza sering kali disenaraikan sebagai antara ikon semasa yang seringkali disebut di dalam filem mahupun iklan. Antaranya, poster Siti Nurhaliza ditunjukkan di dalam filem "KL Menjerit", gambar Siti di dalam filem "Aku No.1", filem "Diva Popular" yang dikatakan berkisarkan Siti, drama bersiri "Fara" turut menyebut nama Siti Nurhaliza, dalam drama spa Q, aktres Elly Mazlein juga menyebut nama Siti Nurhaliza sambil menyanyi bait-bait lagu Percayalah dan iklan-iklan yang menggunakan nama Siti. Bukan itu sahaja, Siti juga tidak keberatan untuk melawat beberapa pesakit yang juga peminatnya sendiri yang ingin menemuinya di hospital.Selain itu, keistimewaan Dato' Siti(Siti) merupakan seorang yang budiman dan tidak lokek memberi sumbangan antaranya memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Johor dan Pahang menerusi yayasan beliau dan suaminya sendiri menerusi Yayasan Nurjiwa(Nurjiwa Foundation) dan banyak lagi sumbangan yang tidak perlu disebut diatas keikhlasan siti dan suaminya dalam amal jariah yang dituntut Islam.

Diskografi

Album Studio
Album Duet
Album Lain
  • 2003: Anugerah Aidilfitri
  • 2010: Gemilang Aidilfitri (versi repackage album Anugerah Aidilfitri dengan cover berbeza dan tajuk baru)
Album Live
Album Kompilasi
  • 2000: The Best of Siti Nurhaliza
  • 2001: Melodi Kristal
  • 2001: The Malaysia Book of Records - Most Awards Won Artiste
  • 2006: Cerita Cinta Siti Nurhaliza
  • 2007: Klasik
  • 2007: S.N. House Mix
  • 2008: 2 Diva (bersama Krisdayanti)
  • 2008: Permata Irama
  • 2008: Lebaran Bersama Siti & Teman-Teman
Album Soundtrack
  • 2004: Puteri Gunung Ledang
  • 2007: Kayangan
  • 2008: Perempuan Berkalung Sorban
Penampilan Khas
  • 2001: Perjalanan Seni (album Tan Sri S.M. Salim)

[sunting] Videografi

Album Video
  • 1997: Aku Cinta Padamu
  • 1998: Cindai
  • 1999: Adiwarna
  • 2000: The Best Of Siti Nurhaliza
  • 2003: Anugerah Aidilfitri
  • 2008: 2 Diva (bersama Krisdayanti)
  • 2009: Puing-Puing Cinta Vol.1
  • 2009: Puing-Puing Cinta Vol.2
CT Best
  • 1998: CT Best
  • 1999: CT Best 2
  • 2001: CT Best 3
  • 2001: CT Best 4
  • 2003: CT Best 5
  • 2003: CT Best 6
  • 2003: CT Best 7
  • 2004: CT Best 8
Album Konsert
DVD

[sunting] Lagu-lagu

Siti Nurhaliza (1996)
Siti Nurhaliza
  1. Jawapan Di Persimpangan
  2. Mahligai Asmara
  3. Jerat Percintaan
  4. Antara Waktu Dan Usia
  5. Sempadan
  6. Sanggar Bayu
  7. Cari-Cari
  8. Bicara Luka
  9. Kerana Jelinganmu
  10. Jalanan Berduri
Siti Nurhaliza (1997)
Siti Nurhaliza 2
  1. Aku Cinta Padamu
  2. Wajah Kekasih
  3. Tirai Semalam
  4. Demi Kasih Kita
  5. Kesilapanku, Keegoanmu
  6. Khayalan Cinta
  7. Usah Diragui
  8. Rindu Di Antara Kita
  9. Bisikan Asmara
  10. Sri Mersing
  11. The Colour Of My Love (bonus track)
Cindai (1997)
Cindai
  1. Cindai
  2. Laksamana Mati Dibunuh
  3. Janji
  4. Lela
  5. Kaparinyo
  6. Es Lilin
  7. Damak
  8. Joget Pahang
  9. Patah Hati
  10. Joget Berhibur
Adiwarna (1998) - ALBUM TERBAIK 1999
Adiwarna
  1. Purnama Merindu
  2. Sendiri
  3. Kitakan Bersama
  4. Tak Rela Berpisah Darimu
  5. Laguku Dihatimu
  6. Diari Hatimu
  7. Satu Cinta Dua Jiwa
  8. Demi Kasih Sayang
  9. Tak Boleh Lupa
  10. Gelora Asmara
Pancawarna (1999)
Pancawarna
  1. Nian Di Hati
  2. Seribu Kemanisan
  3. Engkau Bagaikan Permata
  4. Salju Kasihnya
  5. Lelaki
  6. Kedamaian
  7. Kau Kekasihku
  8. Kurniaan Dalam Samaran
  9. Langkah Di Persada
  10. Lembaran Cinta Pudar
Sahmura (2000)
Sahmura
  1. Balqis
  2. Joget Kasih Tak Sudah
  3. Ya Maulai
  4. Pawana Sampaikanlah Salam
  5. Mahligai Permata
  6. Masri Manis
  7. Berpantun Kasih
  8. Zapin Cinta Asmara
  9. Canggai
  10. Keroncong Si Endang Endong
Safa (2001)
Safa
  1. Azimat Cinta
  2. Jalinan Cinta
  3. Percayalah
  4. Lakaran Kehidupan
  5. Kudus Sinarmu
  6. Kau Ku Sayang
  7. Beradu Di Khayalan
  8. Indah Percintaan
  9. Milikmu Teristimewa
  10. Bicara Manis Menghiris Kalbu
Sanggar Mustika (2002)
Sanggar Mustika
  1. Nirmala
  2. Joget Senyum Memikat
  3. Panas Berteduh Gelap Bersuluh
  4. Bisikan Hati
  5. Badarsila
  6. Syair Kamelia
  7. Di Batas Waktu
  8. Sulam Sembilan
  9. Bunga Melor
  10. Kurik Kundi
E.M.A.S (2003) - ALBUM TERBAIK 2004
EMAS
  1. Bukan Cinta Biasa
  2. Debaran Cinta
  3. Untuk Selamanya
  4. Ku Yakini
  5. Oda Bumi Anbia
  6. Janji Kasih
  7. Sebenar Cinta
  8. Airmata Ibu
  9. Ku Milikmu
  10. Di Sini Ku Berjanji
Anugerah Aidilfitri (2003)
  1. Anugerah Aidilfitri
  2. Mekar Hari Raya
  3. Meriah Suasana Hari Raya
  4. Sesuci Lebaran
  5. Nazam Lebaran
  6. Suara Takbir
  7. Bila Raya Menjelma
  8. Air Mata Syawal
Prasasti Seni (2004)
Prasasti Seni
  1. Dialah Di Hati
  2. Pendirianku
  3. Cinta Tak Berganti
  4. Cahaya Seribu Liku
  5. Hanya Dirimu
  6. Lagu Rindu
  7. Sakti
  8. Pejam Matamu
  9. Kembalikan Indah
  10. Ku Menunggu
  11. Seindah Biasa
Transkripsi (2006) - ALBUM TERBAIK 2007
Transkripsi
  1. Siti Situ Sana Sini
  2. Biarlah Rahsia
  3. Destinasi Cinta
  4. Cuba Untuk Mengerti
  5. Hidup Penuh Bicara
  6. Bila Harus Memilih
  7. Pastikan Bahagia
  8. Hati Berbisik
  9. Rupanya Kita Serupa
  10. Tanpa Dendam Di Hati
  11. Intrig Cinta
  12. Impiankan Nyata
  13. Bisakah
Hadiah Daripada Hati (2007)
Hadiah Daripada Hati
  1. Ku Mahu
  2. Melawan Kesepian
  3. Mulanya Cinta
  4. Tanpa Kalian
  5. Biarkan
  6. Kerana Dirimu
  7. Hati (bonus track)
  8. Wanita
  9. Cintamu
  10. Sutramaya
  11. Sekian Lama
Lentera Timur (2008) - ALBUM TERBAIK 2009
  1. Di Kayangan Kita
  2. Bintang Malam
  3. Cinta Ini
  4. Ada Masa Mata
  5. Bulan Yang Mesra
  6. Seloka Budi
  7. Rasa Antara Kita
  8. Senyum Minang Manis
  9. Joget Menanti Kasi
  10. Jelmakanlah Ayumu
  11. Di Taman Teman
Tahajjud Cinta (2009)
  1. Asma Ul Husna
  2. Pintu Rindu
  3. Tahajjud Cinta
  4. Batasku Asaku
  5. Ku Percaya Ada Cinta
  6. Ya Rasulullah
  7. Ketika Cinta
  8. Selawat

[sunting] Lain-Lain

Ini adalah senarai lagu-lagu yang tidak dimuatkan dalam album-album studio Dato' Siti Nurhaliza.
Tahun Tajuk Lagu Album Nota
1996 "Mawarku" (bersama 2 By 2) Mawar-Mawarku
"Tiga Malam" (bersama 2 By 2)
2000 "Di Taman Syahdu" The Best of Siti Nurhaliza
"Gelora Kasih"
2001 "We'll Be As One" The Malaysia Book of Records
"Don't Put My Heart On Hold"
"Pandang-Pandang Jeling-Jeling" (bersama Tan Sri SM Salim) Perjalanan Seni
"Bergending Dang Gong" (bersama Tan Sri SM Salim)
2004 "Say It Isn't So" (duet bersama Gareth Gates)
Dipersembahkan di MTV Asia Awards 2004
2005 "Pohon Asmara" Bintang Hati
"Untuk Terakhir Kali"
"Dua Dunia" (bersama Too Phat) Rebirth into Reality
"Million Miles" (bersama Too Phat)
2006 "Cahaya Cinta" Cerita Cinta Siti Nurhaliza
"Because You Loved Me"
"Yue Liang Dai Biao Wo De Xin" ("Moon Represents My Heart")
2007 "Jangan Ditanya" Klasik
"Sirih Pinang"
2009 "Suara Sepi (Di Bumi Anbia)"
Dipersembahkan di acara amal Konsert Amal Palestin
2010 "Hanya Semalam" (duet bersama M.Nasir)
Lagu ciptaan M.Nasir dan lirik oleh Dato' Siti. Lagu khas buat konsert Bagaikan Sakti M.Nasir & Dato' Siti Nurhaliza di Esplanade, Singapura.
"Kini Dikau Jauh" Apresiasi Lagu kolaborasi istimewa bersama Saida, Sairah, Ayie & Ali.
"Rahsiaku Milikmu"
Lagu khas ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Dato' Siti bagi promosi produk kecantikan SimplySiti.

[sunting] Lagu tema

Tahun Tajuk Lagu Filem Telemovie Drama Album
2003 "Tetap Di Sini" Paloh


"Untuk Selamanya" Laila Isabella

E.M.A.S
"Airmata Ibu"
Airmata Ibu
2004 "Bagaikan Sakti" (bersama M. Nasir) Puteri Gunung Ledang


2007 "Menanti Pasti" Kayangan


"Ku Mahu"

Spa Q Hadiah Daripada Hati
"Hati" 1957: Hati Malaya

2008 "Ketika Cinta" Perempuan Berkalung Sorban

Tahajjud Cinta
"Batasku Asaku"

"Pada Cintanya"

Spa Q 2

[sunting] Single dalam "Lain-lain" dan "Lagu Tema"

  • Pandang-pandang Jeling-jeling
  • Bagaikan Sakti
  • Dua Dunia
  • Cahaya Cinta
  • Pada Cintanya

[sunting] Anugerah

Sepanjang karier beliau, Dato' Siti Nurhaliza telah dianugerahi lebih daripada 100 anugerah dari dalam dan luar negara. Dato' Siti juga berjaya memperbaharui rekod diri sendiri apabila disenaraikan di dalam The Malaysia Book of Record - dua kali.
Tahun Anugerah
1995
  • Bintang HMI 1995 - Juara Bintang HMI 1995 ("Camar Yang Pulang")
1996
  • Juara Lagu 1996 - Persembahan Terbaik ("Jerat Percintaan")
  • Juara Lagu 1996 - Juara Kategori Balada ("Jerat Percintaan")
  • Juara Lagu 1996 - Juara Lagu ("Jerat Percintaan")
1997
  • Anugerah Muzik Singapura 1997 - Artis Baru Wanita popular
  • Anugerah Muzik Singapura 1997 - Lagu Paling Popular ("Mawarku")
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1997 - Lagu Terbaik AIM 1997 ("Jerat Percintaan")
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1997 - Artis Baru Wanita Terbaik
  • Anugerah Bintang Popular 1997 - Artis Remaja Paling Popular
  • Anugerah Bintang Popular 1997 - Penyanyi Wanita Paling Popular
  • Anugerah Bintang Popular 1997 - Penghibur TV Paling Popular
  • Anugerah Bintang Popular 1997 - Artis Paling Popular
  • Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 1997 - Artis Wanita Jelita 1997
  • Juara Lagu 1997 - Persembahan Terbaik ("Aku Cinta Padamu")
  • Juara Lagu 1997 - Juara Kategori Balada ("Aku Cinta Padamu")
  • Carta Radio 3 Shah Alam 1997 Persembahan Terbaik ("Aku Cinta Padamu")
1998
  • Anugerah Bintang Popular 1998 - Penyanyi Wanita Paling Popular
  • Anugerah Bintang Popular 1998 - Artis Paling Popular
  • Juara Lagu 1998 - Juara Kategori Irama Malaysia ("Cindai")
  • Juara Lagu 1998 - Juara Lagu ("Cindai")
  • Anugerah Carta RIM 1998 - Pencapaian Album Melayu Terbaik (Adiwarna)
1999
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita (Adiwarna)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999 - Album Pop Terbaik (Adiwarna)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999 - Album Terbaik (Adiwarna)
  • Juara Lagu 1999 - Juara Kategori Balada ("Purnama Merindu")
  • Juara Lagu 1999 - Juara Kategori Irama Malaysia ("Hati Kama")
  • Festival Muzik Shanghai 1999 - Piala Emas Pertandingan Nyanyian
  • Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan 1999 Australia - Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu Antarabangsa ("We'll Be As One")
  • Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan 1999 Australia - Persembahan Vokal Terbaik Wanita ("We'll Be As One")
  • Anugerah Bintang Popular 1999 - Penyanyi Wanita Paling Popular
  • Anugerah Bintang Popular 1999 - Artis Paling Popular
  • Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 1997 - Artis Jelita Sensasi PPMH '99
  • Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 1997 - Artis Paling Sensasi PPMH '99
  • Pertandingan Poskad Sensasi Mangga - Pemenang Pertama (Pilihan Peminat)
  • Cover Tercantik Majalah Wanita - Cover Majalah Wanita Terbaik 1999
2000
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2000 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita(Pancawarna)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2000 - Anugerah Kembara
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2000 - Album Pop Etnik Terbaik (Seri Balas)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2000 - Album Terbaik (Seri Balas)
  • Anjuran Papita 2000 - Anugerah Personaliti Terbaik
  • Anugerah Bintang Popular 2000 - Penyanyi Wanita Popular
  • Anugerah Bintang Popular 2000 - Artis Paling Popular
  • ERA Corner 2000 - Penerima Anugerah Tempat Ke-2
  • Juara Lagu 2000 - Juara Kategori Balada ("Kau Kekasihku")
  • Juara Lagu 2000 - Juara Kategori Etnik Kreatif ("Balqis")
  • Juara Lagu 2000 - Juara Lagu 2000 ("Balqis")
2001
  • Anugerah Planet Muzik 2001 - Penyanyi Wanita Terbaik
  • Anugerah Planet Muzik 2001 - Penyanyi Wanita Popular
  • Anugerah Planet Muzik 2001 - Lagu Paling Popular ("Balqis")
  • Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2001 - Artis Balada Sensasi PPMH 2001
  • Anugerah Muzik Indonesia 2000 - Artis Luar Negara Paling Berhasil Di Indonesia
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita (Sahmura)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 - Album Pop Etnik Terbaik (Sahmura)
  • The Malaysia Book of Records - Most Awards Won Artiste
  • Anugerah URS - Artis Remaja Paling Glamour
  • Anugerah URS - Model Paling Glamour
  • Anugerah URS - Lagu Cinta Paling Glamour ("Kau Kekasihku")
  • Anugerah ERA - Vokal Wanita Pilihan
  • Anugerah ERA - Lagu Pop Pilihan ("Percayalah")
  • Anugerah ERA - Video Klip Pilihan ("Percayalah")
  • Anugerah ERA - Lagu Etnik Pilihan ("Pandang-Pandang Jeling-Jeling")
  • Anugerah ERA - Kumpulan/Duet Pilihan (Bersama Tan Sri S.M Salim)
  • Anugerah Bintang Popular 2001 - Bintang Paling Popular
  • Anugerah Bintang Popular 2001 - Penyanyi Wanita Popular
  • Juara Lagu 2001 - Persembahan Terbaik ("Ya Maulai")
  • Juara Lagu 2001 - Juara Pop Rock ("Engkau Bagaikan Permata")
2002
  • Anugerah Ceria Media Hiburan - Artis Wanita Jelita 2002
  • Anugerah Planet Muzik 2002 - Artis Wanita Terbaik
  • Anugerah Planet Muzik 2002 - Artis Wanita Paling Popular
  • MTV Asia Awards 2002 - Favourite Music Artist Malaysia
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2002 - Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Album Wanita
(Konsert Mega Siti Nurhaliza)
  • Konsert Hits Pilihan Pendengar RMKL - Persembahan Terbaik ("Bicara Manis Menghiris Kalbu")
  • Voice of Asia 2002 - Juara Grand Prix
  • Anugerah ERA 2002 - Lagu Etnik Pilihan ("Nirmala")
  • Anugerah ERA 2002 - Video Muzik Pilihan ("Nirmala")
  • Anugerah ERA 2002 - Vokal Wanita Pilihan
  • Anugerah Bintang Popular 2002 - Penyanyi Wanita Popular
  • Anugerah Rarti Cit Cat - Artis Paling Popular
  • Anugerah Rarti Cit Cat - Ratu Diva No. 1
  • Anugerah Juara Lagu 17 - Juara Kategori Etnik Kreatif ("Nirmala")
  • Anugerah Juara Lagu 17 - Persembahan Terbaik ("Nirmala")
2003
  • MTV Asia Awards 2003 - Favourite Music Artist Malaysia
  • Anugerah Personaliti Hiburan 2002 - Anugerah Khas Personaliti Hiburan Wanita
  • Anugerah Personaliti Hiburan 2002 - Personaliti Penyanyi Wanita
  • Anugerah Planet Muzik 2003 - Artis Wanita Terbaik
  • Anugerah Planet Muzik 2003 - Artis Wanita Paling Popular
  • Anugerah Planet Muzik 2003 - Anugerah Khas
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003 - Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Album Wanita ("Sanggar Mustika")
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003 - Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu ("Merisik Khabar" -Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir)
  • Anugerah Juara Lagu 18 - Persembahan Terbaik ("Ku Milikmu")
2004
  • SCTV Music Awards - Artis Asing Paling Ngetop
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004 - Album Terbaik (E.M.A.S)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004 - Album Pop Terbaik (E.M.A.S)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004 - Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu ("Bukan Cinta Biasa")
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita(E.M.A.S)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004 - Anugerah Kembara
  • Anugerah Personaliti Hiburan 2003 - Artis Wanita Paling Bergaya
  • Anugerah Personaliti Hiburan 2003 - Penyanyi Wanita Paling Sensasi
  • Pilihan Pembaca Majalah Manja - Wajah Manja 2003
  • Pilihan Pembaca Majalah Manja - Artis Pilihan (Wanita) 2003
  • Pilihan Pembaca Majalah Manja - Artis Global 2003
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 - Penyanyi Wanita Popular
  • The Malaysia Book of Records (Gold Edition) - Most Awards Won Artiste (112 anugerah)
  • Anugerah Planet Muzik 2004 - Artis Wanita Terbaik
  • Anugerah Planet Muzik 2004 - Artis Wanita Paling Popular
  • Anugerah Planet Muzik 2004 - Lagu Paling Popular ("Bukan Cinta Biasa")
  • Anugerah URS - Bintang Remaja Paling Glamour
  • Anugerah URS - Bintang Wanita Paling Glamour
  • Anugerah URS - Artis Paling Glamor & Popular
  • MTV Asia Awards 2004 - Favourite Artist Malaysia
  • Anugerah Seniman - Pingat Bintang Seniman
  • MACP (Music Author’s Copyright Protection Berhad) - Pencipta Muda Berpotensi
2005
  • The Malaysia Book of Records - Artis Malaysia Pertama membuat persembahan secara solo di Royal Albert Hall London
  • Anugerah ERA 2005 - Vokal Wanita Pilihan
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2005 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita(Prasasti Seni)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2005 - Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu ("Seindah Biasa")
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2005 - Anugerah Kembara
  • HITZ1 - Persembahan Terbaik
  • HITZ1 - Lagu Paling Popular ("Lagu Rindu")
  • HITZ1 - Tempat Kedua Lagu Terbaik ("Lagu Rindu")
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2004 - Bintang Paling Popular
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2004 - Penyanyi Wanita Popular
  • Anugerah Planet Muzik 2005 - Artis Wanita Paling Popular
  • Anugerah Planet Muzik 2005 - Lagu Paling Popular ("Lagu Rindu")
  • MTV Asia Awards 2005 - Favourite Artist Malaysia
2006
  • Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang - Membawa gelaran "Dato"
  • Anugerah ERA 2006 - Vokal Wanita Pilihan
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2006 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita (Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall)
  • Anugerah Planet Muzik 2006 - Artis Wanita Paling Popular
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005 - Penyanyi Wanita Popular
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005 - Pakaian Terbaik Artis Wanita
  • Anugerah Juara Lagu 20 - Juara Lagu Pilihan Penonton ("Cindai")
2007
  • Anugerah ERA 2007 - Vokal Wanita Pilihan
  • Anugerah Planet Muzik 2007 - Lagu Terbaik ("Biarlah Rahsia")
  • Anugerah Planet Muzik 2007 - Artis Wanita Terbaik
  • Anugerah Planet Muzik 2007 - Artis Wanita Popular
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2007 - Album Terbaik (Transkripsi)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2007 - Album Pop Terbaik (Transkripsi)
  • Anugerah MACP 2007 - Lagu Pilihan Popular 90-an ("Cindai")
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 - Penyanyi Wanita Popular
2008
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 15 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita (Hadiah Daripada Hati)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 15 - Album Pop Terbaik (Hadiah Daripada Hati)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 15 - Susunan Muzik Terbaik ("Cintamu")
  • Anugerah Planet Muzik 2008 - Artis Wanita Paling Popular
  • Anugerah MACP - Susunan Muzik Terbaik (1957: Hati Malaya)
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 - Penyanyi Wanita Popular
2009
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 - Penyanyi Wanita Popular
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 16 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita ("Di Taman Teman")
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 16 - Album Pop Etnik Terbaik (Lentera Timur)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 16 - Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu ("Pada Cintanya")
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 16 - Album Terbaik (Lentera Timur)
  • Anugerah Planet Muzik 2009 - Artis Malaysia Paling Popular
  • Anugerah Planet Muzik 2009 - Artis Serantau Paling Popular (Keseluruhan)
2010

[sunting] Lain-lain

  • BIM awards (outstanding recognition for her contribution to the country) (2008)
  • Penasihat Antarabangsa Seni Persembahan Universiti Limkokwing (2008)
  • Duta Suara Universiti(2007)
  • Duta Elegance Tiara Collection(2006)
  • Duta Pantene SHINE(2006)
  • Jurucakap Olay Total Effect(2006)
  • Duta Pencegahan Dadah Agensi Anti Dadah Kebangsaan(2006)
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk(2006)
  • Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)
    • Darjah Kebesaran Ke-4 Negeri Pahang
  • Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP)
  • Duta Muhibah PBSM (ahli PBSM seumur hidup)
  • Model Nippon Wiper Blade (NWB)
  • Model/Jurucakap Maybelline New York
  • Model untuk BLEU dan PEPSI (2002)
  • Model untuk Mitsubishi Trium
  • Duta "With All Our Hearts’ Charity Fund" Jusco (2002,2003,2004,2005,2006,2007,2008)
  • Duta TM Net (2002)
  • Bintang Universe of Corum (2002)
    • The Most Successful Talent in Malaysia Music Industry
  • Anugerah Puteri Remaja (2002)
    • Daripada Puteri UMNO
  • Johan Setia Mahkota (JSM) (2003)

[sunting] Rujukan

  1. "Her Achievements". SitiZone. http://sitizone.com/sz/index.php?option=com_content&view=article&id=31&Itemid=50. Retrieved 2009-12-28. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 "info:The Legend of Dato' Siti Nurhaliza". Jiwang!. http://www.jiwang.org/portal/modules/forum/viewtopic.php?printertopic=1&t=32219&start=0&postdays=0&postorder=asc&vote=viewresult. Retrieved 2009-12-28. 
  3. 3.0 3.1 "Abdullah heads awards list". The Star Online. http://thestar.com.my/news/list.asp?file=/2006/10/24/nation/15807127&sec=nation. Retrieved 2006-10-24. 
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 "Kenali Dato' Siti". Siticlix. http://siticlix.webs.com/sitinurhaliza.htm. Retrieved 2010-01-24. 
  5. 5.0 5.1 "Siti Nurhaliza diburu syarikat rakaman". Bintang Popular - Berita Minggu. http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/CeritaLama/20090615162356/Article/index_html. Retrieved 2010-01-24. 
  6. "Siti Nurhaliza". SitiZone. http://sitizone.com/sz/index.php?option=com_content&view=article&id=44&Itemid=64. Retrieved 2010-01-24. 
  7. "Barangan mewah untuk kepuasan diri - Siti Nurhaliza". Malaywood. http://malaywood.blogspot.com/2007/08/barangan-mewah-untuk-kepuasan-diri-siti.html. Retrieved 2010-01-08. 
  8. Shazryn Mohd. Faizal. "Siti jelas aset RM50 juta", Utusan Malaysia, 20 Ogos 2008. Dicapai pada 30 Januari 2010. 
  9. "Siti nafi ditawar jutaan ringgit untuk 'Konsert Seribu Warna'". mStar. http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/10/22/mstar_hiburan/20091021165444&sec=mstar_hiburan. Retrieved 2010-01-24. 
  10. "Siti Nurhaliza mengimbau nostalgia menjadi anak polis". Malaywood. http://malaywood.blogspot.com/2007/11/siti-nurhaliza-mengimbau-nostalgia.html. Retrieved 2010-01-08. 
  11. "Guapedia:Siti Nurhaliza". Gua.com.my. http://www.gua.com.my/Entertainment/Gua-Pedia-Artist.aspx?ArtistID=49. Retrieved 2009-12-28. 
  12. Dato' Hajjah Siti Nurhaliza, SitiZone. Dicapai pada 30 Januari 2010.
  13. "SITI NURHALIZA DI SUKAN KOMANWELL (1998)". YouTube. http://www.youtube.com/watch?v=JaG721577zE. Retrieved 2010-01-20. 
  14. "Asia pop stars sing Golden Melody". China Daily Website - Connecting China Connecting the World. http://www.chinadaily.com.cn/english/doc/2004-05/09/content_329024.htm. Retrieved 2004-05-09. 
  15. "Siti displays true star power in London". The Star Online. http://www.star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2005/4/8/music/10607505&sec=music. Retrieved 2005-04-08. 
  16. Shazryn Mohd Faizal. "Mampukah Hadiah Daripada Hati tandingi Transkripsi?", Utusan Malaysia, 12 Disember 2007. Dicapai pada 20 Januari 2010. 
  17. Ku Seman Ku Hussein. "Inikah realiti televisyen?", Utusan Malaysia, 27 Ogos 2006. Dicapai pada 30 Januari 2010. 
  18. "14 The Ratings are in: Siti 6.3 million Log". The Star. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/8/30/nation/15279128&sec=nation 14. Retrieved 2006-08-30. 
  19. "Top Celeb Weddings - Yahoo! Buzz Log". Yahoo! Buzz. http://buzz.yahoo.com/buzzlog/49546/top-celeb-weddings?cmmnts=21. Retrieved 2006-11-14. 

[sunting] Pautan luar

Tidak ada komentar:

Posting Komentar